Karier awal Shahanim Mohamad Yusoff

Beliau pernah bertugas sebagai pegawai Maybank selama 14 tahun dan menerima anugerah “Best Financial Executive for Maybank Finance in Malaysia” pada 2001. Kemudian beliau dihantar ke Barcelona, Sepanyol serta Itali dan dinaikkan pangkat kepada Eksekutif Pembangunan Perniagaan. Antara tugasannya ialah memasar dana amanah, pinjaman peribadi dan insurans.

Pada 2004 meletakkan jawatan sebagai pegawai bank di Maybank Finance dan menjadi usahawan stesen minyak Petronas di Pulau Pinang bagi membuka peluang untuk giat aktif dalam kegiatan politik. Penglibatan beliau dalam UMNO bermula sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani dari Julai 2001 hingga September 2004 dan dilantik dan beliau dilantik sebagai Ketua Puteri UMNO Kedah oleh Menteri Besar Kedah Syed Razak Bin Syed Zain Barakhbah dari Oktober 2004 hingga Mac 2009. Memegang jawatan tersebut sehingga memenangi jawatan sebagai Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia dalam pemilihan UMNO Pusat dari tahun 2004 hinggga 2009.